Lebih 180 penunjuk perasaan ditahan di Hong Kong

Estimate Reading Time: < 1 minute

MOSCOW- Lebih 180 orang ditahan susulan protes anti-kerajaan di Hong Kong, yang diadakan pada hari ulang tahun ke-70 penubuhan China, memetik polis tempatan lapor agensi berita Sputnik.

-Advertisement-

Sekurang-kurangnya 25 pegawai polis cedera dan lebih 180 orang ditangkap pada Selasa, kata ketua polis Stephen Lo Wai Chung menurut laporan akhbar South China Morning Post Selasa malam.

Terdahulu, dilaporkan lebih 30 orang cedera dalam pertempuran ganas antara penunjuk perasaan dan polis Hong Kong pada Selasa, dengan dua mangsa dikejarkan ke hospital dan berada dalam keadaan kritikal.

Pihak berkuasa Hong Kong mengatakan protes anti-kerajaan yang tidak dibenarkan itu mengakibatkan kerosakan harta dan bangunan awam, termasuk pejabat kerajaan.

Penunjuk perasaan turut menyerbu beberapa stesen kereta api bawah tanah.

-Advertisement-

Pertunjukan bunga api yang dirancang dibatalkan dan jadual beberapa acara sambutan ulang tahun turut mengalami beberapa perubahan.

Hong Kong, yang kembali ke China pada 1997 dan menikmati status pentadbiran khas, menyaksikan gelombang bantahan, yang pada awalnya tercetus kerana membantah cadangan pindaan undang-undang ekstradisi.

Meskipun pindaan rang undang-undang ekstradisi kontroversi itu ditarik balik, lebih banyak demonstrasi diadakan oleh penunjuk perasaan yang mengajukan pelbagai tuntutan tambahan lain.

Beijing menyifatkan masalah yang melanda Hong Kong berpunca campur tangan asing dalam urusan pentadbiran wilayah itu.- BERNAMA


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427