‘Kuda tua’ Madrid bukan tandingan Chelsea

Estimate Reading Time: < 1 minute

MADRID: Real Madrid bukan hanya kalah malah jauh di belakang selepas kekalahan mereka di tangan Chelsea menamatkan perjalanan pasukan yang sentiasa cemerlang itu namun tidak lagi boleh menandingi pasukan terbaik di Eropah.

-Advertisement-

Selepas mencipta sejarah yang menyaksikan Zinedine Zidane menang tiga gelaran Liga Juara-Juara berturut-turut dan empat kali dalam lapan tahun, Real Madrid tidak boleh lagi berilusi.

Ini tahun ketiga mereka gagal mara ke final dan kedua berturut-turut mereka berdepan lawan elit dari Engand dan tewas.

“Chelsea adalah pasukan yang lebih baik,” kata pemain tengah, Casemiro. “Kami tidak ada alasan.” Madrid diatasi Manchester City musim lalu dalam kelompok 16 terakhir dan keputusan 3-1 secara agregat berdepan Chelsea menunjukkan saingan itu kompetitif namun mereka bernasib baik tidak dibelasah.

Perlawanan kedua itu boleh dibandingkan dengan Barcelona dibelasah Bayern Munich, jika tidak kerana Chelsea mensia-siakan banyak peluang keemasan dicipta mereka.

-Advertisement-

Tanpa pembelian baharu dan Eden Hazard yang cedera, Zidane masih bergantung kepada Sergio Ramos, Luka Modric, Toni Kroos, Casemiro dan Karim Benzema bagi mencari kemenangan.

Mereka menang La Liga musim lalu dan jika menewaskan Sevilla Ahad ini, mereka sekali lagi menjadi pilihan meraih gelaran La Liga ketiga buat Zidane dalam empat musim penuh mengendalikan kelab berkenaan.

Dengan skuad yang tempang, dibelenggu kecederaan sepanjang musim dan akhir-akhirnya ini semakin keletihan, ia adalah pencapaian yang hebat.

Bagaimanapun tahap lebih rendah diperlukan untuk menang di Sepanyol berbanding apa diperlukan di Eropah ketika Paris Saint-Germain menunjukkan betapa mereka terlalu bagus buat Barca dan Chelsea nyata lebih baik berbanding Real dan Atletico Madrid.-BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427