KUCHING: Hujan lebat berterusan sejak petang semalam menyebabkan beberapa kawasan rendah di pinggir bandar raya ini dilanda banjir hari ini.
Air mula naik sehingga memasuki rumah penduduk bermula jam 5 pagi tadi.
Tinjauan di Kampung Sinar Budi Baru, di Taman Desa Wira, Batu Kawa mendapati kira-kira 30 kediaman penduduk dinaiki air sehingga paras satu meter.
Kebanyakan penduduk yang menyedari banjir akan berlaku lagi, sempat mengalihkan kenderaan mereka ke tempat tinggi.
Sehingga jam 8.15 pagi ini, hujan masih lebat dan paras air semakin naik. -BERITA HARIAN