KTMB tawar pengalaman baharu melalui kerjasama MYTV, Bubbles O2

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) hari ini melancarkan inisiatif bersama dua rakan strategiknya dalam usaha memberi pengalaman baharu kepada penumpang koc kelas perniagaan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS).

-Advertisement-

Kerjasama itu membabitkan MYTV Broadcasting Sdn Bhd (MYTV) dan Syarikat Bubbles O2.

Ketua Pegawai Operasi KTMB, Mohd Zain Mat Taha, berkata ia satu penjenamaan baharu bagi ETS sejak koc kelas perniagaan diperkenalkan pada 2019.

“Pengguna ETS koc kelas perniagaan merekodkan sejumlah 625,113 penumpang sejak ia diperkenalkan pada Oktober 2019.

“Kerjasama strategik sebegini dapat memberi nilai tambah bagi meningkatkan keselesaan dan kepuasan penumpang seterusnya memberi pengalaman perjalanan yang lebih berkualiti.

-Advertisement-

“Secara tidak langsung, ia juga meningkatkan penjenamaan ETS untuk lebih dikenali di persada nasional dan antarabangsa,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Nilai Tamabah Perkhidmatan KTMB bersama MYTV dan Bubbles O2, di KL Sentral, hari ini.

Yang turut hadir, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MYTV Broadcasting Sdn Bhd, Mohamad Helmi Harith dan Pengerusi Bubble O2, Arifin Marzuki.

Mengulas kerjasama dengan MYTV, beliau berkata, penumpang boleh mengakses saluran televisyen, radio, hiburan interaktif dan ekslusif secara percuma menerusi pengintegrasian perkhidmatan siaran aplikasi MYTV Mana-Mana di dalam perkhidmatan KTMB.

Aplikasi MYTV Mana-Mana boleh dimuat turun Google Play Store, App Store dan Huawei App Gallery serta boleh ditonton melalui laman web mana2.my secara percuma.

Kerjasama dengan Bubbles O2 pula membolehkan penumpang menikmati kesegaran air mineral beroksigen tinggi bersama sajian makanan ditawarkan sepanjang perjalanan.
-BeritaHarian


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427