KSN terima suntikan vaksin COVID-19 Khamis

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA, 25 Feb — Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali hari ini menerima suntikan vaksin COVID-19 di Pejabat Kesihatan Putrajaya Presint 11 di sini.

-Advertisement-

Berkongsi perkara itu menerusi laman rasmi Instagram beliau, turut kelihatan dalam hantaran gambar media sosial itu ialah Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Datuk Mohd Shafiq Abdullah serta tiga petugas barisan yang menerima suntikan vaksin hari ini.

Dalam hantarannya itu, Mohd Zuki berharap usaha itu dapat melandaikan keluk jangkitan COVID-19 agar semua dapat kembali menikmati kehidupan seperti sediakala.

“Saya juga berharap semua penjawat awam segera mendaftar bagi mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 di aplikasi MySejahtera,” kata peneraju perkhidmatan awam itu.

Mohd Zuki turut mengucapkan terima kasih kepada semua petugas barisan hadapan yang memberi komitmen dalam membendung wabak COVID-19.

-Advertisement-

Dalam gambar yang dikongsinya itu, mereka dilihat memegang plakad ‘Saya telah divaksin’, ‘Vaksin Selamat’, ‘Lindung Diri, Lindung Semua’ dan ‘#KitaMestiMenang’ #Vaccinated.

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan bermula semalam dengan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menjalani proses vaksinasi terawal bersama Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah serta empat petugas barisan hadapan di Pejabat Kesihatan Putrajaya Presint 11.

Program yang bertemakan ‘Lindung Diri, Lindung Semua’ itu dilaksanakan dalam tiga fasa, dengan Fasa 1 digerakkan dari Februari hingga April 2021 untuk kumpulan petugas barisan hadapan melibatkan 500,000 orang.

Fasa 2 pula dari April hingga Ogos membabitkan kumpulan warga emas berumur 65 tahun ke atas, golongan berisiko tinggi serta orang kurang upaya melibatkan 9.4 juta orang, manakala Fasa 3 dari Mei 2021 hingga Februari 2022 untuk penduduk di Malaysia berumur 18 tahun ke atas – warganegara dan bukan warganegara – dengan sasaran lebih 13.7 juta orang.

Pendekatan kerajaan melalui program imunisasi itu adalah untuk memastikan sekurang-kurangnya 80 peratus penduduk dewasa Malaysia menerima vaksin menjelang Februari 2022. -BERNAMA

 

 

 

 


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427