KPDN tumpaskan sindiket sedut gas subsidi jual kepada industri

Estimate Reading Time: < 1 minute

HULU SELANGOR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menumpaskan sindiket yang membeli gas petroleum cecair (LPG) 14 kilogram bersubsidi dari lori penghantaran dan memindahkannya ke tong 50kg untuk dijual kepada industri.

-Advertisement-

Kegiatan sindiket penyelewengan LPG subsidi itu tumpas selepas operasi mereka di sebuah premis tanpa nama di Bukit Sentosa, diserbu KPDN jam 10.15 malam Khamis lalu. Tiga lelaki termasuk dua warga asing berusia 40-an ditahan.

Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN, Datuk Azman Adam berkata serbuan dijalankan hasil risikan selama dua minggu.
“Pemeriksaan mendapati tiga individu sedang leka melakukan aktiviti pemindahan LPG.
“Kaedah sindiket ini adalah membeli LPG bersubsidi dari lori penghantaran di sekitar daerah Kuala Kubu Bharu, Gombak, Kuala Selangor, Petaling Jaya dan Shah Alam,” katanya dalam kenyataan, semalam.

usulan itu, KPDN menyita 291 tong gas kosong dan berisi pelbagai jenama berkapasiti 14kg dan 50kg, lori 2.5 tan, alat penimbang pelantar elektronik, hos penyambung, telefon bimbit serta beberapa dokumen perniagaan lain untuk siasatan lanjut.

“Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM60,000. Kertas siasatan telah dibuka dan siasatan dilakukan di bawah Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961,” katanya.

-Advertisement-

Dalam perkembangan sama, Azman memaklumkan sebanyak 28,175 pemeriksaan dilakukan menerusi Ops Tiris 3.0 bermula 1 Januari lalu sehingga semalam.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 1,915 kes telah dihasilkan dengan jumlah nilai rampasan keseluruhan sebanyak RM 75.03 juta.

“Seramai 473 individu juga ditahan dalam tempoh yang sama,” katanya.

Bagi barang kawalan LPG pula katanya, sebanyak 128 kes dihasilkan di seluruh negara bermula 1 Januari lalu hingga semalam.
-BeritaHarian


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427