Kontrak Pharmaniaga dilanjutkan sehingga 2021

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR, 19 Nov (The Capital Post) – Syarikat Pharmaniaga Bhd (Pharmaniaga) dan Pharmaniaga Logistics Sdn Bhd (PLSB) telah menerima surat daripada Kementerian Kesihatan untuk melanjutkan perkhidmatannya untuk menyediakan ubat-ubatan dan bekalan perubatan kepada kemudahannya untuk tempoh interim selama 25 bulan dari 1 Dis, 2019 hingga 31 Disember, 2021.

-Advertisement-

Di samping itu, PLSB dibenarkan meneruskan perkhidmatan logistik dan pengedaran kepada kementerian untuk tempoh lima tahun yang berakhir pada 31 Dis, 2024, kata Pharmaniaga dalam satu kenyataan.

-Advertisement-

Pengarah Urusan Pharmaniaga Datuk Farshila Emran berkata Pharmaniaga mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana terus meletakkan kepercayaannya kepada syarikat itu dan untuk mengiktiraf prestasi syarikat dalam menyampaikan perkhidmatan.

“Melangkah ke hadapan, kami terus memberi tumpuan kepada menyediakan standard perkhidmatan yang tinggi dan kecekapan operasi yang kukuh untuk memastikan semua Petunjuk Prestasi Utama dipenuhi. – The Capital Post


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427