Konsortium iFAST mohon lesen bank digital

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: iFAST Corporation Ltd mengetuai sebuah konsortium untuk menghantar permohonan mendapatkan lesen bank digital kepada Bank Negara Malaysia (BNM).

-Advertisement-

Bank digital yang diketuai oleh iFast atau iFAST Bank adalah kerjasama bersinergi yang membina kekuatan syarikat-syarikat tempatan selain peserta antarabangsa.

iFAST Corp akan memiliki 40 peratus kepentingan dalam bank digital itu jika permohonannya berjaya.

Pemilikan ekuiti konsortium terbabit adalah kira-kira 57 peratus rakyat Malaysia.

Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) iFAST Corp, Lim Chung Chun, berkata syarikat itu amat gembira dapat mengumpulkan bersama sebuah konsortium yang mantap, merangkumi rakan tempatan dan antarabangsa.

-Advertisement-

“Rakan konsortium teruja dengan kemungkinan mendapatkan lesen bank digital di Malayia, yang membolehkan kami meneroka peluang perbankan digital menarik di negara ini selain membangunkan model perniagaan fintech yang benar-benar global,” katanya dalam satu kenyataan.

Rakan konsortium tempatan terdiri daripada Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Bhd, THZ Alliance Sdn Bhd dan pengasas serta pemegang saham terbesar 99 Speed Mart Sdn Bhd (99 Speedmart), Lee Thiam Wah.

Di peringkat antarabangsa, konsortium iFAST Bank merangkumi Yillion Fintech Pte Ltd, yang menyediakan teknologi perbankan digital dan keupayaan teras kepada Yillion Bank.

Yillion Bank adalah salah satu daripada empat bank digital di China yang diasaskan oleh Zonfar Financial Holding dan syarikat senaraian awam Hong Kong, Meituan Dianping.-BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427