Konsep Membangun Negara Madini

Estimate Reading Time: 6 minutes

PETALING JAYA, 19 Jan 2023 (The Capital Post):

-Advertisement-

VISI KITA

Untuk membangun tanah air yang lebih mampan dan makmur berteraskan ruh daya cipta, nilai hormat, keyakinan dan ihsan, di mana keterangkuman dan kesaksamaan menjadi teras utamanya – yakni sebuah masyarakat Malaysia yang adil.

Naratif MADANI

Kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, nilai hormat, keyakinan, dan ihsan – kata kunci kepada sebuah agenda rakyat untuk membina masa hadapan yang madani buat Malaysia.

Matlamat kita adalah untuk merubah Malaysia menjadi sebuah negara yang mampan, sejahtera, berdaya cipta, saling menghormati serta bersikap ihsan berdasarkan keyakinan antara satu sama lain. Kata kunci visi ini adalah MADANI, yang pada asasnya merupakan kepercayaan antara kerajaan dengan rakyat atas dasar ketelusan dan kerjasama.

la mengiktiraf hak setiap warganegara Malaysia tanpa mengira latar belakang untuk hidup dalam persekitaran yang mampan dan menyumbang kepada kesejahteraan bangsa. la menyokong usaha-usaha ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara yang berdaya cipta dan kreatif.

la memupuk sikap saling menghormati sesama rakyat sebagai norma sosial dan budaya untuk memastikan keterangkuman semua. la menyuburkan sifat ihsan, peduli dan kasih sayang dalam setiap anggota masyarakat untuk mewujudkan keamanan.

KERANGKA DASAR MADANI

Agenda dasar kita tidak hanya memberikan tumpuan kepada menyelesaikan masalah dan memenuhi keperluan semasa di negara kita, tetapi juga pada mencorak masa hadapan dan memenuhi potensinya. la mengambil kira segala bentuk perubahan yang telah merubah dunia; ia bercita-cita untuk mengemudi negara dalam zaman pasca normal yang serba rumit, bercanggah dan berkecamuk. Bahasa, konsep dan budaya tempatan Malaysia merupakan teras kepada kerangka ini.

Penekanan diberikan terhadap sintesis, yakni menggabungkan amalan sedia ada dengan kaedah baharu yang direka untuk menangani isu-isu baharu dan ketidakpastian. Enam rukun utama MADANI – kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan, dan ihsan merupakan cerakinan daripada perintah Allah SWT yang terkandung dalam al-Qur’an al-Majid serta cerminan daripada keperibadian dan ketokohan junjungan besar baginda Nabi Muhammad SAW.

la merupakan kerangka dasar yang saling berkait dan bersepadu, setiap satunya menguatkan yang lain. Kerangka ini dibina dengan kesediaan menerima perubahan mengambil kira sumbang saran dan pendapat daripada semua lapisan masyarakat. Dengan kerangka ini, semoga kita mampu segera memulihkan negara kita melalui Reformasi yang substantif, sekali gus melangkah bersama rakyat menuju masa hadapan yang lebih cerah, Insya-Allah.

MEMBANGUN NEGARA MADANI

Kita haruslah sentiasa beringat bahawa perlembagaan bertulis hanyalah semata-mata lembaran kertas. Yang lebih penting adalah harus ada dalam sanubari dan akal fikiran mereka yang diamanahkan untuk mentadbir dan memelihara Perlembagaan, suatu kepercayaan pada nilai dan prinsip yang menghidupkan dokumen luhur itu.

DYMM Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuff Izzuddin Shah Ghafarullahulah, Jubli Emas

Keperlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang

Untuk setiap rukun akan digariskan:

– Takrifan Kebiasaan

– Kefahaman biasa terhadap istilah tersebut.

Takrifan Kami

Apa yang kami maksudkan dengan istilah tersebut dan bagaimana ia

ditakrifkan dalam konteks negara kita.

Visi

Visi khusus yang dibentuk untuk istilah tersebut.

Masyarakat atau Kawasan Sasaran

Kepada siapa atau di mana sesuatu dasar itu disasarkan?

Mencorak Dasar

Antara elemen penting dalam pembuatan dasar untuk setiap rukun

yang akan diteroka:

– Ekonomi dan Kewangan

– Perundangan

Institusi

– Pendidikan

– Kemasyarakatan

– Kebudayaan

– Bandar

– Luar bandar

KERANGKA DASAR MADANI

-Advertisement-

Dalam membina kerangka besar ini kita harus memikirkan sejenak beberapa perkara. Pertamanya, kesalingkaitan antara keenam-enam rukun MADANI harus sentiasa diperkukuh. Dalam erti kata lain, bagaimana setiap rukun mampu berhubung dan menyumbang kepada rukun yang lima. Pada masa yang sama, setiap rukun harus mengambil kira sejarah semasa negara. Misalannya, apakah struktur, sistem dan idea sedia ada yang boleh ditambah baik, atau yang harus disingkirkan.

Kita juga harus memikirkan mengenai berbagai potensi yang wujud. Apabila sesuatu tindakan diambil, kita tidak hanya harus memikirkan bagaimana sesuatu dasar itu boleh dibikin, tetapi juga kesannya, yang baik dan yang buruk.

Keduanya, sisi pasca normal turut menjadi pertimbangan dalam pembentukan dasar ini. Dalam dunia pasca normal, dasar-dasar MADANI harus bersedia untuk menghadapi kelajuan, skala, skop dan keserentakan; percanggahan yang begitu banyak; kerumitan yang kian bertambah; serta kemampuan untuk menghadapi kekacauan. Kesemua ini akan perlu menjawab beberapa persoalan penting yang dibangkitkan.

Kerumitan

Persoalan yang perlu dijawab adalah apakah kita memiliki mekanisme untuk menghadapi kerumitan yang muncul, bagaimana kerumitan dapat dikurangkan, bagaimana penyelesaian yang ringkas dapat membantu kita menguruskan keadaan yang rumit, dan bagaimana untuk menyedari bahawa dalam dunia global yang serba terkait ini, sentiasa wujud risiko sistemik dalam dan luar negara yang mampu memberi dampak besar kepada negara kita.?

Kerumitan itu wujud antara keteraturan dan kerawakan.

Kerumitan juga sukar dijelaskan, diubah, dicipta atau diramal.

MEMBANGUN NEGARA MADANI

Percanggahan

Misalannya, apakah potensi percanggahan yang akan wujud dalam dasar kita, dan daripada manakah datangnya halangan yang menghasilkan percanggahan kepada dasar itu, apakah ianya institusi, birokrasi, kumpulan berkepentingan, parti-parti pembangkang, demonstrasi, gerakan radikal, atau perhimpunan jalanan.

Percanggahan juga hadir dalam bentuk risiko, justeru harus difikirkan apakah jenis risiko yang boleh dijangkakan, serta bagaimana untuk menyingkirkan segala halangan.

Kekacauan

Adakah kita terlepas pandang sebuah peristiwa yang berpotensi mewujudkan kekacauan pada masa akan datang, apakah elemen kemasyarakatan dan kebudayaan yang mampu_ mengakibatkan kekacauan, apakah kita mampu mengesan dan memantau pergerakan yang menuju kepada kekacauan, adakah kekacauan itu sendiri boleh ditanggapi, dan apakah persediaan kita.

Juga harus diingat bagaimana untuk memastikan rakyat Malaysia sentiasa dimaklumi akan perkembangan semasa dan terus kekal utuh pada saat-saat yang kacau.?

Keserentakan

Dasar yang rumit memerlukan pendekatan keserentakan, yakni bertindak secara serentak di sektor, institusi dan pertubuhan yang berbeda. Bagaimana untuk menjalinkan hubungan dan memastikan dasar serta matlamat – meski sebahagiannya tampak bercanggah – diterapkan secara serentak oleh semua pihak yang terlibat: institusi kerajaan, sektor swasta, pertubuhan masyarakat dan sukrelawan serta NGO.Ketiganya, kita harus mengambil kira keadaan yang sentiasa berubah, kemungkinan-kemungkinan dan masa hadapan yang mungkin berlaku.

KERANGKA DASAR MADANI

Masa Hadapan dan Perubahan Adakah semua dasar yang akan dibuat bersedia untuk menghadapi perubahan yang pantas, adakah perubahan yang sentiasa berlaku akan menjadikan dasar itu lewah, bagaimana kita seharusnya merubah dasar untuk beradaptasi dengan perubahan, apakah perbedaan antara dasar semasa dengan dasar yang akan kita gubal, apakah corak perkembangan isu semasa yang akan menuntut kita meneliti semula dasar-dasar, apakah

bentuk senario yang berpotensi untuk berlaku dan bagaimana ia mampu membantu kita melakar masa hadapan yang kita inginkan?. Akhir sekali, kita akan melihat bagaimana dasar-dasar ini boleh dipantau, dan sama ada perlunya perkara baharu diusulkan untuk memastikan rakyat meraih manfaat daripada dasar MADAN| ini.

Pemantauan

Untuk memastikan dasar-dasar yang telah digubal dapat membuahkan hasil, justeru diperlukan pemeriksaan dan pemantauan. Maka perlu dijawab persoalan adakah kita memerlukan suatu mekanisme untuk mendapatkan maklum balas, bagaimana dapat kita pastikan kesemua dasar itu saling berhubung di setiap peringkat dan memastikan segala

isu yang melibatkan percanggahan, kerumitan dan keserentakan dapat ditangani dengan baik, dan adakah kita mampu untuk memantau dan menghalang kekacauan daripada berlaku.

Institusi Pemberdayaan

Kunci utama membangun dasar dalam sebuah sistem ekonomi yang rumit adalah dengan adanya suatu penglibatan aktif untuk memperbaharui institusi-institusi penting yang mampu berdepan dengan kerumitan, kekacauan dan mengatasi percanggahan. Apakah jenis institusi baharu dan berdaya cipta yang diperlukan agar dapat diberi kepercayaan membimbing dan memantau perjalanan dasar dari awal hingga akhir, termasuklah dalam memastikan jentera dan birokrasi kerajaan melaksanakan tugasnya, mewar-warkan dasar kepada rakyat, serta merubahnya mengikut keperluan semasa.

MEMBANGUN NEGARA MADANI

Terkait dengan pelbagai masalah dan pembaziran yang berlaku akibat kabinet gemuk, dasar ini secara amnya cenderung untuk mengurangkan bilangan menteri dan tidak menggalakkan pembentukan institusi baharu, terutamanya yang tidak berfungsi. Namun sekiranya diperlukan sebuah institusi yang dapat memainkan peranan untuk melaksanakan dasar ini dengan sebaiknya maka institusi kerajaan sedia ada akan diserap, diperkasa atau digarap sesuai dengan matlamat agar birokrasi kerajaan mampu menjana perubahan yang diperlukan oleh rakyat.

Kerangka MADANI bukanlah sesuatu yang mudah dan bersifat sehala. Rajah di halaman berikutnya cuba untuk memaparkan kepelbagaian sisi kerangka MADANI dan bagaimana ia berkait dengan masa hadapan serta isu-isu pasca normal, Adakah semua dasar yang akan dibuat bersedia untuk menghadapi perubahan yang pantas, adakah perubahan yang sentiasa berlaku akan menjadikan dasar itu lewah, bagaimana kita seharusnya merubah dasar untuk beradaptasi dengan perubahan, apakah perbedaan antara dasar semasa dengan dasar yang akan kita gubal, apakah corak perkembangan isu semasa yang akan menuntut kita meneliti semula dasar-dasar, apakah bentuk senario yang berpotensi untuk berlaku dan bagaimana ia mampu membantu kita melakar masa hadapan yang kita inginkan?

Akhir sekali, kita akan melihat bagaimana dasar-dasar ini boleh dipantau, dan sama ada perlunya perkara baharu diusulkan untuk memastikan rakyat meraih manfaat daripada dasar MADANI ini.

Institusi Pemberdayaan

Kunci utama membangun dasar dalam sebuah sistem ekonomi yang rumit adalah dengan adanya suatu penglibatan aktif untuk memperbaharui institusi-institusi penting yang mampu berdepan dengan kerumitan, kekacauan dan mengatasi percanggahan.

Apakah jenis institusi baharu dan berdaya cipta yang diperlukan agar dapat diberi kepercayaan membimbing dan memantau perjalanan dasar dari awal hingga akhir, termasuklah dalam memastikan jentera dan birokrasi kerajaan melaksanakan tugasnya, mewar-warkan dasar kepada rakyat, serta merubahnya mengikut keperluan semasa.

Terkait dengan pelbagai masalah dan pembaziran yang berlaku akibat kabinet gemuk, dasar ini secara amnya cenderung untuk

KERANGKA DASAR MADANI

mengurangkan bilangan menteri dan tidak menggalakkan pembentukan institusi baharu, terutamanya yang tidak berfungsi.

Namun sekiranya diperlukan sebuah institusi yang dapat memainkan peranan untuk melaksanakan dasar ini dengan sebaiknya maka institusi kerajaan sedia ada akan diserap, diperkasa atau digarap sesuai dengan matlamat agar birokrasi kerajaan mampu menjana perubahan yang diperlukan oleh rakyat.

-BH

(The Capital Post)


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427