PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) meluluskan pendaftaran bersyarat vaksin Sinopharm dan Johnson & Johnson untuk kegunaan semasa bencana.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kelulusan pendaftaran bersyarat memerlukan maklumat kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk vaksin tersebut dipantau dan dinilai berdasarkan data-data terkini dari semasa ke semasa.
“Ia bagi memastikan perbandingan manfaat-risiko (benefit over risk) bagi produk-produk vaksin tersebut kekal positif,” katanya dalam kenyataan.
Pendaftaran vaksin itu diluluskan Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-361 yang bersidang hari ini.
Vaksin Sinopharm dikilangkan oleh Beijing Institute of Biological Products Co. Ltd. (BIBP), China manakala Johnson & Johnson dikilangkan Janssen Pharmaceutica N.V., Belgium.-FMT