KKM iklan hampir 5,000 jawatan tetap hari ini

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA, 6 Jan 2023 (The Capital Post): Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan sebanyak 4,914 kekosongan jawatan tetap akan ditawarkan tahun ini.

-Advertisement-

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, berkata ia terdiri daripada 4,263 jawatan bagi Pegawai Perubatan, 355 (Pegawai Pergigian) dan 316 (Pegawai Farmasi).

“Iklan akan dibuka mulai 6 Januari (hari ini) hingga 21 Januari ini.

“Sehubungan itu saya berharap calon yang layak dapat mengisi permohonan dan mengemukakan segera maklumat yang lengkap dan betul,” katanya.

-Advertisement-

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Amanat Tahun Baharu 2023 KKM, hari ini.

Hadir sama Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni, Ketua Setiausaha, Datuk Harjeet Singh dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

-BH

(The Capital Post)


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427