PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) akan mencadangkan kepada kerajaan supaya penerbangan dari India dihad atau dihentikan, dalam usaha mengatasi risiko penularan COVID-19 dari negara terbabit.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata ketika ini wujud kebimbangan mengenai varian mutasi COVID-19 dari luar negara, terutama India.
“Kita berkemungkinan besar akan memohon kepada kerajaan untuk mengehad atau menghentikan penerbangan dari India berikutan ada mutasi berganda,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.