KKM arah Pasar Besar Awam PD ditutup 7 hari

Estimate Reading Time: < 1 minute

PORT DICKSON: Pasar Besar Awam Port Dickson, di sini, diarahkan tutup selama tujuh hari, bermula hari ini, untuk pelaksanaan kerja sanitasi berikutan lapan peniaga di premis itu didapati positif COVID-19.

-Advertisement-

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), Mohd Zamri Mohd Esa, berkata peniaga dijangkiti itu meliputi tiga yang disahkan, hari ini.

“Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan Pasar Besar Awam Port Dickson ditutup selama tujuh hari, bermula 14 hingga 20 Jun ini, mengikut Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

“Setakat ini, lapan peniaga didapati positif COVID-19, dan 18 orang sudah dikenal pasti sebagai kontak rapat serta diambil sampel untuk ujian saringan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

-Advertisement-

Mengulas lanjut, beliau berkata, kerja sanitasi Pasar Awam Port Dickson akan dijalankan sendiri oleh pihak MPPD.

“Justeru buat sementara waktu ini, orang awam boleh membeli barangan keperluan di lokasi lain.

“Orang ramai tidak perlu panik kerana keadaan masih terkawal. Penutupan pasar itu berkemungkinan akan dilanjutkan jika keadaan masih belum selamat nanti,” katanya.-BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427