Khidmat pesanan makanan masih ada walau ‘rider’ ugut boikot

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Walaupun penghantar p-hailing dikatakan menyertai boikot dengan tidak akan beroperasi selama 24 jam hari ini, orang ramai masih boleh memesan makanan menerusi aplikasi syarikat penyedia perkhidmatan.

-Advertisement-

Bagaimanapun ada syarikat penyedia perkhidmatan dilihat memberikan peringatan kemungkinan pesanan akan mengalami kelewatan.

Tinjauan turut mendapati masih ada penghantar p-hailing yang mengambil pesanan makanan seperti biasa tetapi difahamkan jumlah mereka tidak seramai seperti hari lain, malah kawasan menjadi lokasi berkumpul juga sunyi.

Semalam, media melaporkan semua penghantar p-hailing dijangka melakukan boikot dengan tidak akan beroperasi selama 24 jam hari ini sebagai tanda tidak berpuas hati dengan syarikat penyedia perkhidmatan.

-Advertisement-

Perkara itu diakui Presiden Persatuan Penghantar P-Hailing Malaysia (PENGHANTAR), Zulhelmi Mansor yang memaklumkan, penghantar p-hailing akan boikot selama sehari.

Beliau dilaporkan berkata, walaupun bukan dianjurkan oleh persatuan, tetapi pihaknya bersolidariti bersama penghantar yang terbabit kerana apa yang menjadi ketidakpuasan hati mereka adalah isu sama yang sudah dibawa pihaknya namun tiada penyelesaian.

-BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427