PUTRAJAYA: Pelantikan semula Tan Sri Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana khidmatnya yang memuaskan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri berkata, walaupun mula dilantik meneraju suruhanjaya itu ketika pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin, Azam menjalankan tugas dan mengambil tindakan tanpa memilih puak atau parti.
“Dia dilantik oleh Perdana Menteri masa Pagoh (Muhyiddin) dan walaupun ada isu dibangkitkan dahulu, dari segi kerja saya tengok, saya bagi kelonggaran dan wewenang sepenuhnya kepada SPRM serta Peguam Negara untuk menjalankan tugas.
“Setakat saya lihat, mereka menjalankan tugas dengan memuaskan, dia (Azam) ambil tindakan tanpa memilih puak atau parti,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) di sini, hari ini.
Berita lanjut menyusul
– Berita Harian