Ketua Pegawai Modal Insan TH menang Anugerah ‘Women In HR Leadership’

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR, 24 Dis — Ketua Pegawai Modal Insan Lembaga Tabung Haji (TH) Rina Sarif memenangi kategori Women in HR Leadership Awards sempena majlis Malaysia Leadership Awards anjuran World HRD Congress edisi 2020-2021 yang berlangsung secara dalam talian baru-baru ini.

-Advertisement-

Menurut TH dalam kenyataan, Rina berjaya menjenama semula Jabatan Sumber Manusia kepada Jabatan Modal Insan ketika memulakan tugas di organisasi berkenaan.

Gaya kerja Rina yang menekankan aspek kerja berorientasikan hasil dan impak serta berdaya saing tinggi mendorong kualiti kerja warganya yang lebih efisyen dan proaktif.

-Advertisement-

“TH mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Rina dan berharap kejayaan beliau akan menjadi inspirasi kepada semua wanita di Malaysia khususnya golongan profesional dalam kepimpinan dunia korporat,” menurut kenyataan itu.

Rina dalam kenyataan sama berharap pencapaiannya itu akan menjadi inspirasi dan motivasi kepada warga TH untuk terus memberi perkhidmatan yang cemerlang dalam menjadikan TH sebuah organisasi berprestasi tinggi.

Anugerah tahunan yang dianjurkan World HRD Congress sebelum ini berjaya menarik lebih 1,800 penyertaan sektor profesional daripada 133 negara dan antara kategori baharu yang diperkenalkan ialah Diversity Award serta Women in HR Leadership Awards.– BERNAMA


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427