Ketua IAEA adakan perbincangan nuklear dengan Iran

Estimate Reading Time: 2 minutes

TEHRAN: Ketua Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), Rafael Grossi bersedia melawat Tehran bagi satu perbincangan penting mengenai program nuklear Iran.

-Advertisement-

Sebelum memulakan perjalanannya, beliau memberi amaran bahawa keupayaan untuk mengatur gerak semakin sukar.

Beliau membuat kunjungan ke Tehran dua hari selepas Menteri Pertahanan Israel yang juga musuh Iran memberi amaran bahawa republik Islam itu ‘lebih terdedah kepada serangan ke atas kemudahan nuklearnya berbanding sebelum ini’.

Israel sejak sekian lama menuduh Iran berusaha memperoleh senjata nuklear, dakwaan itu bagaimanapun dinafikan Tehran.

Kedua-dua negara itu memperdagangkan serangan peluru berpandu tahun ini ketika ketegangan memuncak berhubung perang Israel terhadap sekutu Iran, Hamas di Gaza dan Hizbullah di Lubnan.

Serangan itu membawa kepada perang lebih setahun dan mencetuskan kebimbangan konflik di Asia Barat berlaku secara lebih meluas.

“Margin untuk bergerak semakin menyempit,” kata Grossi dalam temubual dengan AFP menjelang lawatannya, sambil menambah ‘adalah penting untuk mencari jalan bagi mencapai penyelesaian diplomatik’.

Namun, IAEA dibenarkan untuk menjalankan pemeriksaan di Iran, Grossi menekankan keperluan untuk ‘melihat’ program nuklear Iran ditingkatkan mengambil kira skala dan cita-citanya.

-Advertisement-

Lawatan Grossi itu dibuat selepas Donald Trump menarik diri daripada perjanjian nuklear yang dibuat ketika pemerintahan Barack Obama.

Trump minggu lalu berkata, beliau tidak berniat untuk mendatangkan bahaya kepada Iran sebaliknya mahu rakyatnya memiliki ‘negara yang sangat berjaya’, sambil menegaskan ‘mereka tidak boleh memiliki senjata nuklear’.

Pada 2015, kuasa besar dunia termasuk Amerika Syarikat (AS) mencapai persetujuan dengan Iran mengenai program nuklearnya selepas perbincangan selama 21 bulan.

Teks itu menyediakan kelonggaran sekatan antarabangsa ke atas Iran sebagai pertukaran untuk jaminan bahawa ia tidak akan mendapatkan bekalan senjata nuklear.

Bagaimanapun, Trump menarik diri daripada perjanjian itu pada 2018 sebelum mengenakan semula sekatan AS ke atas Iran.

Setahun kemudian, Iran secara beransur-ansur mula membatalkan komitmennya berhubung perjanjian nuklear yang hanya membenarkan Tehran memperkaya uranium hingga 3.65 peratus ketulenan.

IAEA berkata, Iran sudah meningkatkan rizab uranium yang diperkaya kepada 60 peratus, hampir 90 peratus yang diperlukan untuk membangunkan bom atom.
-BeritaHarian


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427