PUTRAJAYA: Angka penularan COVID-19 di negara ini kembali melepasi 20,000 iaitu sejumlah 20,939 kes baharu dilaporkan setakat tengah hari tadi.
Kali terakhir Malaysia merekodkan kes melebihi 20,000 adalah pada 5 September lalu iaitu sebanyak 20,396 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata perkembangan itu menjadikan jumlah keseluruhan kini mencecah 2,996,361 kes.
Beliau berkata, sebanyak 20,821 kes atau 99.44 peratus berada dalam kategori satu dan dua.
“Daripada jumlah itu, sebanyak 15,640 kes dalam kategori dua, manakala 5,181 kes dalam kategori satu atau tidak bergejala.
“Sejumlah 118 kes lagi berada dalam kategori tiga hingga lima iaitu membabitkan 95 kes dalam kategori tiga, kategori empat (13 kes) dan kategori lima (10 kes),” katanya.
Berita lanjut menyusul -BH