Kes baharu COVID-19 22,133

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Kes baharu COVID-19 dalam negara hari ini meningkat kepada 22,133 kes berbanding 21,315 semalam.

-Advertisement-

Menerusi laman sosial Twitter, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kumulatif kes kini adalah 3,083,683.

Katanya, daripada jumlah kes harian yang dilaporkan hari ini, 21,987 kes terdiri daripada kategori satu dan dua.

-Advertisement-

“Sebanyak 146 kes adalah kategori tiga hingga lima,” katanya.

Katanya, daripada jumlah itu kategori satu mencatatkan 5,831 kes, kategori dua (16,156 kes), kategori tiga (102 kes), kategori empat (24 kes) dan kategori lima sebanyak 20 kes.

-BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427