Kerajaan tetap dasar ‘Satu Vaksin,’ Satu Vaksin Simpanan’ – KJ

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Kerajaan menerusi Jawatankuasa Jaminan Akses Vaksin menetapkan dasar Satu Vaksin, Satu Vaksin Simpanan, bagi pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

-Advertisement-

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, berkata dasar berkenaan selari dengan saranan pengeluar vaksin yang menetapkan tempoh 21 hari bagi suntikan vaksin dos kedua.

“Apabila kita terima (suntikan) vaksin, kita kena simpan satu dos untuk yang terima dos pertama dan disimpan di pusat simpanan vaksin Kementerian Kesihatan.

“Kita tidak guna pendekatan seperti di negara luar, contohnya United Kingdom (UK). Mereka lanjutkan tempoh terima suntikan dos kedua AstraZeneca dari sebulan sehingga sekarang antara sembilan hingga 12 minggu.

-Advertisement-

“Ini kerana, pendekatan di UK adalah untuk beri seramai mungkin, sekurang-kurangnya satu dos, tetapi di Malaysia kita tak mengambil pendekatan berkenaan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Khairy yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan berkata, pihaknya menerima persetujuan Menteri Dalam Negeri untuk menggunakan khidmat Polis Diraja Malaysia (PDRM) di pusat simpanan vaksin.

“Kita akan hantar polis untuk jaga keselamatan vaksin di pusat simpanan, selain percaya polis dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan turut bantu bagi proses penghantaran vaksin ke seluruh negara.

“Ini kerana, vaksin COVID-19 ketika ini adalah barang yang sangat bernilai,” katanya. -BERITA HARIAN


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427