PERAK, 25 Feb 2020 (The Capital Post) – Menteri Besar Perak, Dato Seri Ahmad Faizal bin Azumu mengumumkan Pentadbiran Kerajaan Negeri Perak masih berfungsi seperti biasa walaupun Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) telah mengumumkan penarikan mereka daripada Parti Pakatan Harapan.
Menteri Besar Perak turut mengesahkan semua portfolio yang dipegang oleh Exco – Exco yang terdiri daripada DAP, PAN dan PKR juga kekal sehingga ada keputusan terkini dari peringkat persekutuan.
Buat ketika ini Parti Pakatan Harapan yang memimpin Kerajaan Negeri mempunyai 30 Wakil Rakyat dari DUN iaitu majoriti mudah. Jikalau PKR, DAP dan PAN bertindak untuk keluar daripada gabungan Pakatan Harapan Peringkat Negeri, maka Barisan Nasional Mempunyai sebanyak 25 Adun, PAS 3 Adun, PPBM 2 Adun dan tambahan 1 Wakil Rakyat Bebas boleh membantu PPBM untuk membentuk kerajaan Negeri Perak.