Kerajaan laksana Program Dermasiswa TVET untuk pelajar B40

Estimate Reading Time: < 1 minute

SHAH ALAM: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan bersetuju melaksanakan Program Dermasiswa B40 Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET), khusus untuk pelajar B40.

-Advertisement-

Perdana Menteri berkata, program terbabit disediakan untuk pelajar yang mengikuti pengajian dalam bisan TVET di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) seliaan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

“Pengambilan pertama akan membabitkan 1,000 pelajar dan kerajaan menjangkakan program ini membabitkan implikasi kewangan berjumlah RM36.41 juta bagi setiap pengambilan.

“Saya yakin, program ini menawarkan lebih banyak peluang kepada anak Keluarga Malaysia, terutamanya daripada kumpulan B40 mendapat akses pendidikan di peringkat lebih tinggi, seterusnya membina kerjaya dalam bidang TVET,” katanya berucap menyempurnakan Majlis Perasmian Minggu TVET Negara 2022 di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, hari ini..

-Advertisement-

Ismail Sabri juga turut mengisytiharkan tarikh 2 Jun sebagai Hari Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) Negara.

Perdana Menteri berkata, pemilihan tarikh itu wajar disambut setiap tahun bagi menghargai sumbangan pelbagai pihak berkaitan TVET.

“Tarikh ini juga bersempena penubuhan Politeknik Ungku Omar, iaitu institusi penyedia TVET terawal negara sejak tahun 1969,” katanya.

-BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427