Keputusan rayuan ke SBP, SMKA boleh disemak esok

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA: Keputusan rayuan bagi penawaran dan penempatan pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) bagi sesi 2023/2024, boleh disemak mulai esok.

-Advertisement-

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan memaklumkan, semakan keputusan ke sekolah khusus itu boleh dibuat melalui pautan https://spskt1.moe.gov.my untuk Tingkatan 1 dan https://spskt4.moe.gov.my bagi Tingkatan 4.

Menurut kenyataan itu, seramai 1,783 pelajar Tingkatan 1 dan 404 pelajar Tingkatan 4 ditawarkan ke SBP bagi kategori rayuan terbabit, manakala seramai 1,886 pelajar Tingkatan 1 dan 971 pelajar Tingkatan 4, ditawarkan ke SMKA.

-Advertisement-

“KPM mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua murid yang berjaya menerima tawaran dan selamat maju jaya.

“KPM sentiasa komited untuk terus memastikan setiap murid di Malaysia mendapat hak untuk akses kepada pendidikan lebih berkualiti,” katanya. – Berita Harian


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427