Kenaikan harga siling ayam kukuhkan bekalan ayam tempatan

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM) yakin tindakan kerajaan menaikkan harga siling ayam akan mengukuhkan lagi bekalan ayam dan menyumbang secara positif kepada keselamatan makanan negara.

-Advertisement-

FLFAM dalam kenyataan hari ini berkata, pihaknya bersetuju dengan keputusan kerajaan serta menyifatkan tindakan itu juga dapat meningkatkan pengembangan penternakan ayam dan pelaburan asing dalam sektor berkenaan.

Katanya, FLFAM turut memberi jaminan bekalan ayam mencukupi terutamanya selepas harga siling dinaikkan.

Terdahulu, BH melaporkan subsidi dan kawalan harga ayam akan ditamatkan sepenuhnya bermula Rabu ini.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu, bagaimanapun dilaporkan berkata subsidi dan kawalan harga telur ayam gred A, B dan C akan diteruskan menggunakan mekanisme sedia ada.

-Advertisement-

Katanya, penamatan subsidi ayam mengambil kira situasi dan trend semasa bekalan serta harga ladang dan kos pengeluaran ayam sudah mulai stabil.

Dalam pada itu, FLFAM berkata, pihaknya turut mengalu-alukan keputusan kerajaan untuk mengekalkan harga telur dan memberi subsidi kepada penternak telur.

“Kami mengalu-alukan usaha kerajaan untuk membolehkan B40 terus menikmati harga telur yang sangat berpatutan.

“Justeru, FLFAM akan terus menyokong langkah kerajaan untuk memastikan bekalan ayam pedaging dan telur yang mencukupi dengan harga yang berpatutan kepada rakyat Malaysia.
-BeritaHarian


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427