PUTRAJAYA: Kelonggaran pergerakan kepada individu yang sudah mendapat pelalian lengkap lengkap wajar diberikan selepas tahap liputan vaksin mencapai sekurang-kurangnya 40 peratus.
Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal), Kementerian Kesihatan (KKM), Datuk Dr Hishamshah Mohd Ibrahim, berkata keputusan mempertimbang kelonggaran dan pengecualian pergerakan tidak boleh dibuat secara terburu-buru.
Katanya, hal itu kerana keadaa semasa di negara lain seperti Israel dan Kesatuan Eropah yang memperuntuk kelonggaran sama menyaksikan mereka berdepan dengan peningkatan semula kes COVID-19.
Semalam Perdana Menteri berkata pengumuman kelonggaran pergerakan kepada individu yang melengkapkan dua dos vaksinasi COVID-19 akan dibuat hari ini atau pada esok.
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ketika ini kerajaan pada peringkat akhir memutuskan perincian berhubung kelonggaran itu.
Berita lanjut menyusul
-BH