Kastam rampas 300,000kg sisa elektronik di Pelabuhan Klang

Estimate Reading Time: < 1 minute

PELABUHAN KLANG: Sebanyak 300,000 kilogram sisa elektronik dirampas Jabatan Kastam Diraja Malaysia Zon Tengah II Selangor dengan penahanan 13 kontena di Pelabuhan Barat, dekat sini.

-Advertisement-

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Tengah, Norlela Ismail berkata siasatan awal mendapati sisa berkenaan diseludup masuk ke Malaysia tanpa sebarang dokumen kelulusan.

Katanya, sisa elektronik berkenaan yang dirampas pada September lalu dipercayai dari Eropah dan dianggarkan bernilai RM1.65 juta termasuk duti dan cukai.

“Ia dikategorikan sebagai bahan buangan yang mana pengimportannya memerlukan kelulusan di bawah ‘Basel Convention on the Control of Transboundary Movement of Hazardous Wastes and Their Disposals’.

“Siasatan juga mengesahkan pengimportan bahan buangan terjadual hendaklah mendapat kelulusan bertulis daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS),” katanya pada sidang media di Pejabat JKDM Pelabuhan Utara, dekat sini, hari ini.

-Advertisement-

Sementara itu, dalam kes berasingan, JKDM merampas 18,500 kilogram beras yang dianggarkan bernilai RM169,400 dengan duti dan cukai dalam pemeriksaan terhadap sebuah kontena di Pelabuhan Barat pada Julai tahun ini.

Norlela berkata, beras dikategorikan sebagai barang larangan import yang mana ia tertakluk kepada permit import yang dikeluarkan oleh Padiberas Nasional Berhad (BERNAS).

“Beras ini dipercayai dari negara Pakistan dan diimport ke negara ini tanpa sebarang permit import dan diikrarkan sebagai ‘cashew nut’ dan ‘basmati paraboiled rice’,” katanya.

Norlela berkata, semua kes berkenaan masih dalam siasatan mengikut Seksyen 135 Akta Kastam 1967.
-BeritaHarian


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427