LONDON: Harry Kane dinobat Pemain Liga Perdana Terbaik – mengatasi
Son Heung-min, Mason Mount dan Declan Rice.
Pemain remaja Arsenal Bukayo Sako memenangi anugerah untuk pemain remaja terbaik di Anugerah Bolasepak London berkenaan.
Penyerang Tottenham berusia 27 tahun itu meledak 31 gol dan melakukan 16 umpanan dalam 44 penampilan musim ini.
Pencapaian itu membolehkan Kane yang juga kapten England menjadi pemain Liga Perdana Inggeris terbaik tahun ini.
Rakan sepasukan Spurs, Heung-min, bintang Chelsea Mount dan rakan baiknya Rice bersama rakan sepasukannya di West Ham, Tomas Soucek turut bersaing untuk gelaran terbabit.
Walaupun Rice dan Soucek tidak menang, West Ham boleh berbangga apabila pengendalinya David Moyes dinobatkan pengurus terbaik dan Lukasz Fabianski untuk kategori penjaga gol.
The Hammers semakin terdesak untuk menamatkan kempen dalam kelompok empat teratas. Terutamanya dengan menyingkirkan seteru London, Chelsea yang berada di tangga keempat.-BH