Kanak-kanak warga Singapura ditemukan lemas dalam kolam kapal persiaran

Estimate Reading Time: < 1 minute

LANGKAWI- Seorang kanak-kanak lelaki warga Singapura ditemukan mati lemas di dalam kolam sebuah kapal persiaran yang sedang berlabuh di Jeti Star Cruise di sini petang tadi.

-Advertisement-

Ketua Polis Daerah Langkawi, Supt Mohd Iqbal Ibrahim berkata kanak-kanak itu, Heng Kai Lun Alan, 10, bersama ibu serta seorang rakan ibunya sedang bercuti di dalam kapal itu yang baru tiba di sini dari Singapura petang tadi, sebelum dijadual berlepas ke Phuket, Thailand malam ini.

Beliau berkata anggota polis Balai Padang Matsirat menerima panggilan kecemasan pada kira-kira pukul 7.30 petang mengenai kejadian lemas yang melibatkan seorang kanak-kanak di kolam mandi di atas kapal persiaran itu.

-Advertisement-

“Hasil siasatan awal mendapati kanak-kanak itu dipercayai lemas ketika mandi bersendirian di dalam kolam di atas kapal persiaran berkenaan. Ketika kejadian terdapat ‘pool attendant’ dan ramai pengunjung lain juga sedang mandi, namun mereka gagal untuk menyelamatkan kanak-kanak itu.

“Polis telah merakam percakapan saksi serta ‘pool attendant’ itu untuk membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini malam ini.

Mohd Iqbal berkata mayat kanak-kanak itu dibawa ke Hospital Sultanah Maliha Langkawi untuk tindakan lanjut, dan kapal persiaran mewah yang membawa 3,000 penumpang termasuk anak kapal itu telah meneruskan pelayaran ke Phuket pada pukul 10.30 malam.- BERNAMA


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427