TOKYO : Seorang kanak-kanak lelaki ditahan atas tuduhan membunuh hari ini selepas mengaku menikam rakannya menggunakan pisau di daerah Adachi, Tokyo,.
Kejadian dipercayai berlaku pada awal pagi apabila kanak-kanak lelaki berkenaan yang berusia antara 10 hingga 19 tahun, berada di lokasi kejadian sebelum mengaku menikam mangsa.
Serangan dilakukan di kawasan perumahan kira-kira 1.5 kilometer (km) di sebelah barat Stesen Nishiaraidaishi-Nishi di laluan Nippori-Toneri Liner.
Polis kemudiannya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.15 petang daripada mangsa.
“Kawan saya menikam saya. Ada benda tertusuk di badan saya,” menurut panggilan kecemasan itu.
Pegawai dari Balai Polis Nishiarai, Jabatan Polis Metropolitan, kemudian menemui seorang lelaki muda dalam keadaan berlumuran darah akibat luka tikaman di bahagian kanan dadanya.
Mangsa segera dikejarkan ke hospital, namun disahkan meninggal dunia kira-kira sejam kemudian.
Suspek ditahan polis sebelum pihak berkuasa menemui pisau yang dipercayai digunakan dalam serangan, di tempat kejadian.
-AGENSI
-BeritaHarian