KUALA LUMPUR: Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek memaklumkan sesi persekolahan akan kembali dimulakan pada Januari bermula 2026.
Beliau berkata, kerajaan sudah memulakan usaha mengawal kalendar akademik persekolahan bagi sesi 2024/2025 pada Februari 2025.
“Jadi permintaan untuk memulakan sesi persekolahan pada Januari akan ditunaikan pada 2026,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.
Sebelum ini, KPM dilaporkan memberi jaminan permulaan takwim sesi persekolahan akan kembali bermula pada Januari, namun memerlukan tempoh tertentu untuk dilaksanakan.
– Berita Harian