Kadar inflasi Malaysia antara terendah di dunia

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Kadar inflasi Malaysia dijangka kekal rendah untuk berlegar antara dua hingga 3.5 peratus tahun depan susulan langkah penyaluran subsidi besar oleh kerajaan yang mewakili tiga peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

-Advertisement-

Ketua Strategi Makro Global Manulife Investment Management bagi Asia, Sue Trinh, berkata sokongan subsidi kerajaan dan pemulihan ekonomi yang kukuh selepas pandemik menyokong untuk membendung inflasi yang dilihat jauh lebih rendah berbanding kebanyakan negara di dunia.

“Bank Negara Malaysia (BNM) mungkin tidak menekan butang panik berhubung pengetatan dasar,” katanya pada taklimat media unjuran pelaburan setengah tahun Manulife Investment Management secara maya.

Minggu lalu, Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) BNM memutuskan untuk menaikkan OPR yang menjadi penanda aras pinjaman dan tabungan iaitu sebanyak 25 mata asas atau 0.25 peratus kepada 2.25 peratus.

Susulan peningkatan itu, kadar siling dan lantai koridor OPR juga meningkat masing-masing kepada 2.50 peratus dan 2.00 peratus.

Ia kenaikan kedua berturut-turut tahun ini selepas BNM menaikkan OPR sebanyak 25 mata asas kepada 2.00 peratus semasa mesyuarat terakhirnya Mei lalu.

-Advertisement-

Mengulas lanjut, Trinh berkata, seperti kebanyakan bank pusat lain di Asia, pengetatan dasar monetari BNM dijangka lebih terhad berbanding pasaran lain.

“Langkah BNM baru-baru ini menunjukkan bank pusat yakin dari segi prospek pemulihan dan kami bersetuju dengan langkah yang dilaksanakan mereka,” katanya.

Mengenai prospek pertumbuhan global, beliau menjelaskan, firma pengurusan pelaburan itu mengekalkan pandangan bahawa pertumbuhan ekonomi dunia berkemungkinan lemah dengan ketara tahun ini.

“Dengan KDNK dunia jatuh di bawah paras trend, pelabur mungkin lebih selektif memilih ekonomi yang paling tidak terdedah dengan potensi kejutan permintaan dan bekalan.

“Kami berpendapat bahawa Malaysia, Vietnam, Taiwan, Australia dan New Zealand mendapat manfaat terbesar di rantau ini susulan kejutan isu bekalan makanan dan tenaga,” katanya.

-BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427