PUTRAJAYA, 26 Mac 2020 (The Capital Post) – Pejabat Perdana Menteri hari ini mengumumkan bahawa mesyuarat kabinet pada 25 Mac 2020 telah memutuskan agar gaji 2 bulan YAB Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri dipotong dan disalurkan kepada Tabung Covid-19.
PMO berkata bahawa langkah ini membuktikan kesungguhan kerajaan dalam membantu mereka yang menerima kesan akibat daripada penularan wabak covid-19.
Tabung Covid-19 yang dilancarkan pada 11 Mac lepas adalah sebagai usaha kerajaan dalam membantu rakyat Malaysia yang terjejas dengan penularan wabak ini. Sebanyak RM 8,493,103.48 juta terkumpul termasuk dengan geran kerajaan sehingga semalam.