Kabinet Lulus Sekolah Menengah Cina Baharu – Lim Guan Eng

Estimate Reading Time: < 1 minute

GEORGETOWN, 4 Feb 2020 (The Capital Post) – Menteri Kewangan Malaysia yang juga Ahli Parlimen Bagan , YB Lim Guan Eng mengumumkan bahawa Kabinet telah memberi kelulusan kepada Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Heng Ee, Bayan Baru untuk membuka cawangan sekolah yang kedua sekolah berkenaan.

Menurut berita yang diterbitkan dalam sebuah akhbar tamil tempatan, Menteri Kewangan berkata keputusan kelulusan itu dibuat dalam mesyuarat Jemaah Kabinet yang bersidang pada 22 Januari 2020 selepas meneliti permohonan daripada sekolah tersebut.

Dengan kelulusan ini, beliau berkata bangunan SMJK Heng Ee yang baharu ini bakal dikenali sebagai SMJK (C) Heng Ee (2). Tambahan pula, beliau memaklumkan terdapat 81 buah SMJK (C) di seluruh Malaysia ketika melawat sekolah berkenaan.

YB Lim Guan Eng juga mengumumkan dengan kelulusan yang diperolehi melalui Kabinet melayakkan SMJK(C) ini untuk memperolehi dana atau peruntukkan daripada Kerajaan untuk tujuan pembangunan dan penyelenggaraan sekolah tersebut.

“Ini merupakan hadiah kecil daripada Kerajaan Pusat dan Negeri kepada SJMK (C) Heng Ee (2)” tambah Lim Guan Eng – The Capital Post

 


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5464