Johor Setuju Sistem Pembentungan Diserahkan Kepada IWK

Estimate Reading Time: < 1 minute

JOHOR, 22 Nov (The Capital Post)- 206 buah loji rawatan air sisa di Johor Bahru dan Pasir Gudang akan diambil alih oleh Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd selepas mendapat kelulusan Kerajaan Negeri Johor. Penyerahan tersebut bertujuan untuk operasi dan penyelenggaraan sistem pembentungan di kawasan Johor Bahru dan Pasir Gudang.

-Advertisement-

Menteri Besar Johor, Dato’ Dr Sahruddin Jamal telah memaklumkan persetujuan Kerajaan Negeri kepada pihak Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) pada 18 November 2019. Tambahan lagi, proses pengambilalihan ini memerlukan tempoh sekitar 24 bulan untuk membaik dan menaik taraf sebahagian dari loji-loji tersebut. Usaha ini diselaraskan bersama-sama dengan anak-anak syarikat negeri Johor iaitu Johor Special Water Sdn Bhd (JSW) dan Permodalan Darul Takzim Sdn Bhd (PDT).

Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS)  turut mengarahkan IWK untuk bekerjasama dengan JSW dan PTB terutama berkaitan keperluan kerja-kerja membaiki kerosakan dan menaik taraf loji-loji rawatan air sisa dalam proses ini agar pengguna kawasan tersebut tidak terjejas.

-Advertisement-

Operasi dan penyelenggaraan aset-aset pembentungan yang akan diselenggara oleh IDW akan bermula pada suku pertama tahun 2020. Pengambilalihan ini bertujuan bagi memastikan perkhidmatan pembentungan yang baik dan lebih cekap di kedua-dua kawasan berkenaan. Dalam pada itu, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) akan memantau kesemua proses pengambilalihan supaya ia dapat berjalan dengan lancar.

Perkara ini diumumkan oleh YB Dato’ Dr. Xavier Jayakumar, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli melalui satu kenyataan media yang dikeluarkan pada awal pagi ini. -The Capital Post


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427