Jing Xuan sasar lebur rekod kebangsaan

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Atlet rejam lembing kebangsaan, Ng Jing Xuan mempunyai hasrat yang besar untuk muncul selaku wanita pertama yang melakukan rejaman sejauh 50 meter (m) dalam acara berkenaan tahun ini.

Seandainya berjaya dilakukan, atlet berusia 21 tahun dari Sarawak itu secara tidak langsung akan memperbaharui rekod kebangsaan 49.34m yang sebelum ini disandang Siti Nur Nadiah Othman pada 2014.

“Untuk 2025, saya memang meletak jangkaan tinggi untuk diri sendiri. Saya harap dapat memecah rekod kebangsaan dan muncul wanita pertama dapat melakukan rejaman 50m,” katanya dalam satu temubual yang disiarkan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM).
Di Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak tahun lalu, Jing Xuan berjaya memperbaharui rekod temasya sekali gus menghadiahkan kilauan pingat emas buat kontinjennya, Sarawak.
Di Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak tahun lalu, Jing Xuan berjaya memperbaharui rekod temasya sekali gus menghadiahkan kilauan pingat emas buat kontinjennya, Sarawak.

Rejaman sejauh 45.12m menyaksikan dia mempertahankan gelaran yang dimenanginya pada edisi 2022 di Kuala Lumpur sekali gus mengatasi rekod SUKMA dipegang rakan senegerinya, Ho Sin Hui 44.98m pada edisi 2008 di Terengganu.

“Kejohanan terbesar (pernah disertai) adalah di Sukan SEA Kemboja (2023). Pada masa itu, saya masih baru lagi dan kali pertama. Sudah tentu teruja dan dapat meraih pengalaman daripada senior dari luar negara,” katanya.

Sebagai rekod, catatan terbaik Jing Xuan adalah 45.57m yang dilakukan di Filipina pada Mei tahun lalu.
-BeritaHarian


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5464