Jeju Air kurangkan 188 penerbangan antarabangsa pada suku pertama

Estimate Reading Time: < 1 minute

SEOUL: Jeju Air Co hari ini merancang untuk mengurangkan 188 penerbangan antarabangsa yang berlepas dari Busan pada suku pertama tahun ini.

-Advertisement-

Menurut syarikat penerbangan tambang rendah yang terpalit kontroversi selepas nahas pesawat yang meragut 179 nyawa baru-baru ini, pelan pengurangan operasi akan dimuktamadkan minggu ini.

Agensi Berita Yonhap melaporkan, susulan tragedi yang berlaku pada 29 Disember lalu, Jeju Air mengumumkan rancangan untuk mengurangkan operasi penerbangan sebanyak 10 hingga 15 peratus menjelang Mac sebagai langkah meningkatkan keselamatan operasi.

Menurut syarikat itu, penerbangan dari Busan, bandar pelabuhan di tenggara Korea Selatan ke Clark, Filipina, dibatalkan dari 22 Januari hingga 30 Mac, melibatkan pengurangan 78 penerbangan.

-Advertisement-

Selain itu, penerbangan dari Busan ke Kaohsiung, Taiwan dibatalkan dari 3 Februari hingga 29 Mac, melibatkan pengurangan 110 penerbangan.

Pelan pengurangan keseluruhan untuk tempoh Januari hingga Mac, termasuk langkah mengurangkan penerbangan bagi laluan dari Incheon, pintu masuk utama negara dengan jumlah operasi tertinggi, dijangka dimuktamadkan minggu ini.

Menurut pemerhati industri, pengurangan keseluruhan dijangka mencecah kira-kira 1,900 penerbangan pada suku berkenaan.

-BERNAMA
-YONHAP
-BeritaHarian


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427