Imigresen siasat dakwaan kekecohan di KLIA membabitkan menteri

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen memulakan siasatan berhubung dakwaan kekecohan yang berlaku di Lapangan Terbang Antarbangsa Kuala Lumpur (KLIA) dekat sini, membabitkan seorang menteri, semalam.

-Advertisement-

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh, berkata siasatan serta-merta dijalankan selepas disiarkan laporan berita oleh sebuah portal berhubung perkara itu.

Katanya, laporan portal berita dalam talian itu mendakwa seorang orang kenamaan membuat kecoh di KLIA menuntut Jabatan Imigresen membebaskan seorang pelawat dari China daripada dikenakan tindakan Notis Tolak Kemasukan (NTL).

“Jabatan ini sudah mengambil tindakan serta-merta memulakan siasatan ke atas dakwaan kejadian yang dilaporkan dalam berita terbabit.

“Siasatan akan dijalankan secara menyeluruh merangkumi semua aspek yang berkaitan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

-Advertisement-

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai memberikan ruang agar siasatan dapat dijalankan dengan telus dan tidak membuat sebarang spekulasi atau provokasi yang boleh mengganggu siasatan.

Terdahulu, BH melaporkan kejadian tular di media sosial mendakwa seorang menteri menceroboh masuk ke dewan ketibaan antarabangsa KLIA bagi membebaskan seorang pelawat China yang ditahan Jabatan Imigresen.

Memetik laporan sebuah portal, menteri berkenaan ke KLIA apabila mendapat tahu mengenai kejadian itu dan memasuki dewan ketibaan KLIA tanpa memohon pas keselamatan.

Menurut portal itu, yang memetik sumber apabila tindakannya cuba dihalang, beliau didakwa menggunakan kuasa sebagai menteri termasuk memarahi Polis Bantuan KLIA dan pegawai imigresen.

– BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427