Ibu Zarina meninggal dunia

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Ibu kepada pelakon Zarina Zainuddin, Allahyarham Zahura Abdul Mutalib meninggal dunia selepas subuh tadi.

-Advertisement-

Berita duka itu dikongsi pelakon itu menerusi Instagram.

“Assalamualaikum, mak saya, Zahura Abdul Mutalib baru saja meninggal dunia selepas subuh pagi ini.
“Tolong doakan mak saya, semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan soleh,” kongsi Zarina.

Dalam hantaran sama, Zarina memaklumkan jenazah arwah ibunya akan dikebumikan di Ipoh, Perak.

-Advertisement-

Zarina berkata, dia sempat menghantar mesej kepada ibunya selepas pulang daripada penggambaran kira-kira jam 2.30 pagi tadi.

“Saya sempat berjumpa arwah ketika ke Taiping, minggu lalu. Saya singgah rumah mak, dia masakan sambal telur.

“Saya ajak arwah ikut saya pulang ke rumah, tetapi arwah menolak kerana papa pun tak berapa sihat.

“Senang saja mak saya pergi… Ya Allah ampunkan dosa-dosa mak, rahmatilah dia. Tempatkan dia di kalangan orang yang beriman,” tulisnya.
-BeritaHarian


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427