Hujan lebat, ribut petir diramal di negeri sebelah Pantai Barat Semenanjung hari ini

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir di semua negeri di Pantai Barat Semenanjung dari Perlis hingga Johor.

-Advertisement-

Dalam kenyataan di portal X hari ini, amaran itu dikeluarkan membabitkan Perlis, beberapa daerah di Kedah iaitu Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Yan, Kuala Muda dan Bandar Baharu, Pulau Pinang manakala di Perak ialah Kerian, Larut. Matang, Selama, Manjung, Bagan Datuk dan Hilir Perak.

-Advertisement-

“Amaran itu juga dikeluarkan di Sabak Bernam, Kuala Selangor, Gombak, Klang, Petaling, Kuala Langat, UIu Langat dan Sepang. Begitu juga di Kuala Lumpur dan Putrajaya.

“Kawasan Seremban, Port Dickson dan Rembau di Negeri Sembilan, Melaka, Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian dan Johor Bahru di Johor serta Bintulu, Miri, Sarawak juga dikeluarkan amaran hujan dan ribut.” katanya.
Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.
-BeritaHarian


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427