HENTIKAN “LAND SWAP” UNTUK MEMBIAYAI PROJEK PEMBANGUNAN

Estimate Reading Time: 2 minutes

KUALA LUMPUR, 5 APRIL 2023 – Kaedah pemberian tanah kepada syarikat milik swasta untuk membiayai projek Kerajaan Negeri Selangor ala ‘land swap’ perlu di hentikan segera kerana ianya hanya merugikan kerajaan dan rakyat. Menteri Besar sepatutnya menjadi ‘custodian’ atau pemegang amanah dan penjaga kepada tanah-tanah melayu dan seharusnya membangunkan tanah-tanah Selangor untuk membuka lebih banyak peluang kepada syarikat-syarikat bumiputera tetapi tanah-tanah tersebut di beri kepada syarikat bukan-bumiputera.

-Advertisement-

Menteri Besar Selangor Dato Seri Amirudin Shari pada 6 Mac melalui satu sidang media telah mengesahkan bahawa

ARMIN BANIAZ PAHAMIN
Sekretariat Tanahair

mesyuarat kerajaan negeri Selangor telah meluluskan kaedah membiayai projek RM700 juta pedalaman sungai Klang projek Gerbang Maritime Selangor melalui pemberian tanah seluas 202.34 ekar tanpa perlu membayar apa-apa premium dan tanpa perlu membayar balik hutang pinjaman kepada kerajaan Selangor.

Melalui kaedah ini dengan mudahnya syarikat swasta Landasan Lumayan Berjaya Sdn Bhd (LLB) dapat memiliki tanah Selangor dengan nilai RM117 juta dan melangsaikan pembayaran premium tanah yang tertunggak serta hutang pinjaman. Difahamkan dari sumber, tarikh kelulusan tanah tersebut luput bulan Januari 2023 dan sepatutnya telah di bayar.

Tanah-tanah tersebut mempunyai unjuran pembangunan bernilai RM10 bilion. Kaedah yang di panggil round tipping exercise ini merugikan negeri dan rakyat Selangor. Anak syarikat milik penuh Menteri Besar Incorporated Landasan Lumayan Sdn Bhd (LLSB) hanya memiliki 45% saham dalam LLB.

Kami di fahamkan tanah 202.34 ekar itu hanya sebagai permulaan dan Menteri Besar Incorporated telah bersetuju melalui perjanjian bertulis untuk memberi tanah lebih dari 600 ekar termasuk tanah rizab melayu kepada LLB.

-Advertisement-

Pada 14 Mac, Menteri Besar Selangor telah mengumumkan kaedah yang sama ‘Land Swap’ pemberian tanah di Klang dan Hulu Selangor untuk membina Kompleks Sukan Shah Alam.

Pada bulan Januari 2023, 536 ekar tanah milik PKNS yang di Pengerusi oleh Menteri Besar telah di jual kepada Gamuda Berhad melalui Joint Venture Agreement diantara PKNS dan IGB Berhad.

Pada 30 Ogos 2021, 536.7 hektar tanah di hutan simpanan Utara Kuala Langat di nyah warta untuk pembangunan kepada syarikat swasta Gabungan Indah Sdn Bhd. Walaupun projek ini telah ditarik balik tetapi ia menunjuk kecenderongan Menteri Besar menganugerah tanah Selangor kepada syarikat bukan bumiputera.

Tanah-tanah di bawah milikan kerajaan adalah tanah melayu dan Menteri Besar mempunyai kuasa mutlak untuk menukar status tanah dan menjual tanah tersebut. Kami menggesa Menteri Besar untuk berhenti menggunakan tanah-tanah Selangor untuk membiayai pembangunan negeri tetapi membangunkan tanah-tanah tersebut bersama usahawan bumiputera.

ARMIN BANIAZ PAHAMIN
Sekretariat Tanahair

The views expressed are those of the author and do not necessarily reflect those of The Capital Post.


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427