Hampir 50 peratus populasi lengkap dua dos vaksin

Estimate Reading Time: 2 minutes

KUALA LUMPUR: Seramai 11,060,317 orang atau 47.2 peratus populasi dewasa sudah menerima dua dos suntikan lengkap, setakat semalam.

-Advertisement-

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19-19 (JKJAV), memaklumkan daripada jumlah itu seramai 17,252,314 orang atau 73.7 peratus sudah menerima suntikan pertama.

“Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) setakat semalam sebanyak 28,312,631 dos,” katanya menerusi perkongsian infografik di twitter, hari ini.

Sementara itu, vaksinasi harian mencatatkan 501,776 dos, semalam dengan 175,874 individu sudah mendapat dos pertama dan 325,902 menerima dos kedua.

Setakat semalam, Labuan mencatatkan populasi dewasa tertinggi menerima vaksin iaitu seramai 61,188 orang atau 89.2 peratus sudah menerima dua dos, manakala 68,029 individu atau 99.3 sudah mendapatkan suntikan dos pertama.

Ia diikuti Sarawak, dengan 1,664,749 orang atau 81.5 peratus populasi dewasa negeri sudah mendapat dua dos suntikan dan 1,822,036 orang atau 89.2 peratus menerima dos pertama.

Lembah Klang (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor) pula mencatatkan 4,246,315 orang atau 68.9 peratus sudah menerima dua dos suntikan dan 4,246,315 orang mendapat dos pertama.

-Advertisement-

Negeri Sembilan mencatatkan 525,078 orang atau 64.5 peratus menerima dua dos sementara 689,753 lagi menerima dos pertama.

Perlis pula mencatatkan seramai 100,003 atau 55.2 peratus rakyat negerinya mendapat dua dos dan 133,148 lagi atau 73.5 peratus menerima dos pertama.

Setakat ini, Melaka mencatatkan 40.5 peratus atau 274,679 populasi dewasa menerima dua dos, diikuti Pulau Pinang (521,268 orang atau 38.1 peratus); Terengganu (293,319 orang atau 36.3 peratus); Perak (674,718 orang atau 36.2 peratus); Pahang (393,669 orang atau 33.5 peratus) dan Kedah (489,987 orang atau 31.8 peratus).

Selain itu, Kelantan, Johor dan Sabah masing-masing mendapatkan di bawah 30 peratus penduduk dewasa menerima dua dos iaitu masing-masing Kelantan (369,533 orang atau 29.9 peratus), Johor (794,195 orang atau 29.3 peratus) dan Sabah (651,616 orang atau 23.6 peratus).

PICK dilancarkan pada 24 Februari lalu bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik COVID-19 di seluruh negara.

-BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427