Hamas dakwa Israel guna jentolak memasuki Hospital Al-Shifa

Estimate Reading Time: < 1 minute

GAZA: Kementerian Kesihatan yang dikendalikan Hamas di Semenanjung Gaza, di sini, hari ini, memberitahu, tentera Israel menggunakan jentolak untuk memasuki Hospital Al-Shifa.

-Advertisement-

Israel sebelum itu mendakwa pusat operasi Hamas berada di bawah hospital berkenaan.

“Jentolak Israel memusnahkan pintu masuk selatan hospital,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan ringkas.

Tentera Israel memaklumkan operasi sedang dijalankan di kompleks hospital berkenaan.

-Advertisement-

Ketua operasi tentera Israel di Semenanjung Gaza, Mejar Jeneral Yaron Finkelman berkata, mereka akan terus bergerak ke hadapan.

“Malam ini kami menjalankan operasi yang disasarkan ke Hospital Al-Shifa.

Semalam, tentera Israel melakukan operasi di Hospital Al-Shifa, sekali gus mencetuskan kebimbangan dan kritikan antarabangsa yang serius.

Seorang wartawan yang terperangkap di dalam hospital berkata tentera melepaskam tembakan dan mengarahkan lelaki muda menyerah diri sebaik masuk ke hospital.

Israel dan sekutu utamanya, Amerika Syarikat (AS) berkata Palestin mempunyai pusat arahan Hamas di bawah kompleks Al-Shifa.

Perkara itu bagaimanapun dinafikan oleh Hamas dan pengarah di hospital berkenaan.

Tentera Israel berkata pihaknya menemui `peralatan ketenteraan dan tempur’ di dalam kawasan itu ketika operasi semalam.

Kementerian Kesihatan yang dikendalikan Hamas segera menafikan perkara itu.

– AFP
-BeritaHarian


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427