JAKARTA: Gunung Lewotobi Laki-Laki – gunung berapi aktif di Pulau Flores di timur Indonesia – meletus tengah malam tadi sehingga mengorbankan sekurang-kurang enam mangsa di sebuah perkampungan terpencil, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Mangsa terbunuh apabila rumah mereka runtuh akibat letusan itu, kata ketua kampung tempatan, Petrus Muda, kepada Agensi Berita Antara yang dikendalikan kerajaan.
“Gunung berapi itu meletus kira-kira jam 12.30 tengah malam waktu tempatan. Enam dipercayai sekeluarga tertimbus bawah runtuhan,” Petrus dipetik berkata.
Beliau berkata, penduduk kampung telah melarikan diri dari rumah mereka dalam keadaan panik susulan kejadian itu.
-BERNAMA
-dpa
-BeritaHarian