KUALA LUMPUR, 17 Mac 2020 (The Capital Post) – Golden Screen Cinemas akan menutup pawagam dan menghentikan semua tayangan mulai 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020 berikutan dengan pengumuman Perdana Menteri semalam.
Langkah ini telah diambil untuk menangani masalah penyebaran wabak Covid-19 dan juga untuk menjaga kesihatan komuniti mereka.
Tiket yang telah dibeli oleh pelanggan akan ditebus semula atas setiap pembelian dalam tempoh 14 hari bekerja manakala pelanggan yang telah membeli tiket di kaunter Box Office atau e-Kiosk diminta untuk menyimpan tiket tersebut dan pulangkan selepas tempoh perintah kawalan tamat.
Golden Screen Cinemas akan terus memantau situasi ini dan segala maklumat yang lanjut akan disampaikan oleh mereka melalui akaun sosial media dan laman sesawang mereka. – The Capital Post