Gobind puji perubahan pada perkhidmatan Bernama TV, Bernama Radio

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR, – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo telah memuji Bernama terhadap perubahan yang diperkenalkan pada perkhidmatan Bernama TV dan Bernama Radio.

-Advertisement-

“Bagus! Teknologi telah memberi impak besar dan akan terus mengubah dunia media. Kita mesti bersaing dengan masa dan bangkit dengan cabaran, “katanya di Twitter.

“Teruskan usaha yang baik dengan dengan pembaharuan dan idea baharu,” kata menteri itu.

Gobind membalas ciapan oleh perunding Bernama untuk siaran, Suhaimi Sulaiman yang dalam ciapannya menyebut bahawa Bernama TV telah memperkenalkan 12 program baharu sejak 15 Okt 2019.

-Advertisement-

“Kami mempunyai wajah dan citarasa yang baharu. Seterusnya, 12 lagi program baharu menjelang akhir bulan ini,” katanya.

Suhaimi berkata Bernama Radio sedang mengorak langkah untuk menjadi apa yang beliau gambarkan sebagai “Stesen Berita Bisnes Anda” yang terbaik – dengan tumpuan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Bernama TV, yang menyiarkan liputan berita 24 jam bersiaran menerusi Astro 502, Unifi TV (631), MYTV (121) dan Iflix.

Radio Bernama boleh didengar menerusi frekuensi FM93.9 (Kuala Lumpur), FM107.5 (Johor Baru), FM100.9 (Kuching) dan FM 107.9 (Kota Kinabalu).
— BERNAMA


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427