Giroud sahkan pindah ke MLS

Estimate Reading Time: < 1 minute

MILAN: Penyerang Perancis, Olivier Giroud mengesahkan dia akan meninggalkan AC Milan untuk menyertai kelab Major League Soccer (MLS) apabila kontraknya berakhir pada musim panas ini.

Laporan terdahulu menyebut pemain berusia 37 tahun bekas juara Piala Dunia itu merancang untuk menyertai rakan senegaranya Hugo Lloris di Los Angeles FC.

“Dua perlawanan berikutnya adalah yang terakhir buat saya bersama Milan,” katanya dalam satu wawancara diterbitkan dalam saluran rasmi AC Milan awal pagi tadi.

“Karier saya akan diteruskan dalam MLS. Saya amat bangga dengan segala-galanya yang sudah saya lakukan di sini di Milan sepanjang tiga musim. Ia masa yang sesuai untuk mengumumkannya.

“… Cerita saya bersama Milan berakhir tahun ini, tetapi Milan akan kekal selama-lamanya dalam sanubari saya.”

Penjaring gol terbanyak sepanjang zaman Perancis, Giroud sudah mengumpul 57 gol dalam 132 perlawanan. Dia membantu Les Bleus memenangi Piala Dunia 2018 mengatasi Croatia.

Giroud sudah menjaringkan 14 gol musim ini di AC Milan.

Jumlah keseluruhannya beraksi sebagai pemain profesional termasuk 285 gol dalam 716 perlawanan dengan 13 trofi ketika beraksi dengan AC Milan, Chelsea (2018-21), Arsenal (2012-18) dan negara kelahirannya Perancis.
-REUTERS
-BeritaHarian


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5464