Gempa bumi kuat landa Vanuatu

Estimate Reading Time: < 1 minute

PORT VILA: Gempa bumi kuat melanda ibu negara Vanuatu, Port Vila sebentar tadi dengan saksi melaporkan gegaran kuat.

-Advertisement-

Menurut Pemantau Geologikal Amerika Syarikat (USGS) gegaran berukuran magnitud 6.2 pada skala Richter itu berlaku di luar pesisir pantai Port Vila.

Wartawan tempatan, Dan McGarry, menerusi ciapan Twitter, berkata beliau ‘terasa pergerakan yang amat ketara’.

-Advertisement-

Pihak berkuasa berkata, pusat gempa itu dikesan pada jarak 90 kilometer (km) ke barat Port Vila pada kedalaman hanya 10 km.

Pusat Amaran Pasifik pula mengesahkan tiada ancaman berlaku tsunami susulan gempa bumi itu. – BERITA HARIAN


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427