Gaji pemain Barcelona dipotong

Estimate Reading Time: < 1 minute

MADRID: Barcelona mengambil pendekatan memotong gaji pemain dan kakitangannya bagi mengurangkan impak krisis COVID-19 terhadap ekonomi, kata kelab La Liga itu.

-Advertisement-

Semua pemain profesional di Barcelona, termasuk pemain terbaik dunia sebanyak enam kali Lionel Messi, serta kakitangan sokongan, berdepan pemotongan gaji sepanjang perintah berkurung.

Perkara itu diputuskan oleh ahli lembaga pengarah kelab dalam sidang video.

Sepanyol menjalani perintah berkurung pada 14 Mac dengan rakyatnya hanya dibenarkan meninggalkan rumah untuk tujuan perkhidmatan asas dan penting.

Tempoh itu dijangka dilanjutkan hujung minggu ini sebaik tamat tempoh 15 hari.

-Advertisement-

“Antara langkah-langkah diambil, mereka yang terbabit bersemangat untuk menyesuaikan diri dengan keadaan yang sedang dialami sekarang.

“Ia adalah pengurangan hari bekerja, yang dilaksanakan sebagai langkah berjaga-jaga, dan secara tidak langsung ia memberi kesan kepada kontrak pembayaran,” kata Barcelona.

Barca pada masa sama turut membenarkan jabatan kesihatan Catalunya untuk menggunakan kemudahan penempatan kelab. – REUTERS

– Berita Harian


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427