Fajarbaru dapat kontrak RM246.1 juta bina pangsapuri di Johor Bahru

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh Fajarbaru Builder Group Bhd, Fajarbaru Builder Sdn Bhd (FBSB), memperoleh kontrak daripada WCT Construction Sdn Bhd, anak syarikat tidak langsung WCT Holdings Bhd, untuk melaksanakan fasa kedua pembangunan AdisonWest yang terletak di Larkinton, Johor Bahru, bernilai RM246.1 juta.

-Advertisement-

Fajarbaru berkata, kontrak terbaharu itu melibatkan pembinaan empat menara pangsapuri servis, kemudahan rekreasi dan kemudahan, serta podium enam tingkat yang terdiri daripada tempat letak kereta, lot komersial dan lobi.

FBSB sebelum ini telah memperoleh fasa satu projek daripada WCT Construction pada April tahun ini.

“Tempoh kontrak fasa dua ialah 36 bulan bermula pada 23 Oktober 2024, dan akan siap pada 22 Oktober 2027,” kata Fajarbaru Builder Group dalam makluman kepada Bursa Malaysia.

Ia menambah bahawa kontrak fasa dua dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih kumpulan mulai tahun kewangan berakhir 30 Jun 2025, dan seterusnya.

-Advertisement-

Dalam satu kenyataan berasingan, Fajarbaru Builder Group berkata, termasuk fasa pertama, kontrak itu menjadikan jumlah keseluruhan lapan menara pangsapuri servis, terdiri daripada 1,024 unit untuk fasa pertama dan 896 unit untuk fasa kedua.

Berikutan pemberian kontrak ini, buku pesanan kumpulan berjumlah RM1.23 bilion dan akan memberikannya keterlihatan pendapatan sehingga 2027.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan Fajarbaru Builder, Tan Sri Chan Kong Choy, berkata bahawa fasa 1 projek itu telah berjalan dengan baik, yang membawa kepada penganugerahan fasa dua daripada WCT Holdings.

“Kami sangat teruja untuk mengambil pembangunan Fasa 2, yang menekankan komitmen kami untuk menyampaikan projek berkualiti tinggi,” katanya.

-BERNAMA
-BeritaHarian


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427