KUALA LUMPUR: Empat lagi pengarah dan pemilik syarikat ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam Ops Hire 2.0, membabitkan kes tuntutan palsu dana di bawah Program Insentif Pengambilan Pekerja dan Bantuan Latihan (PenjanaKerjaya).
Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim, ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan berkata, reman ke atas suspek dilaksanakan pagi ini.
Sehingga kini, BH difahamkan jumlah keseluruhan mereka yang diberkas adalah seramai 63 orang, membabitkan 41 lelaki dan 18 wanita.
Kelmarin, SPRM menahan reman 47 pengarah syarikat di beberapa negeri membabitkan kes berkenaan.
Setakat ini, jumlah tuntutan palsu berkaitan program insentif pengambilan pekerja dan program latihan melebihi RM63 juta. – Berita Harian